Kebolehpasaran pelajar Pendidikan Khas di Melaka cecah 83 peratus

Iklan
Pelajar dididik dan dilatih dengan kemahiran asas sebelum menceburi bidang pekerjaan bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. (Gambar hiasan)

Kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di Melaka mencecah 83 peratus pada tahun lepas, meningkat berbanding 78 peratus pada 2022.

Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Melaka, Datuk Rahman Mariman berkata, kadar kebolehpasaran itu melibatkan pelajar tamat persekolahan selepas Tingkatan Lima yang seterusnya bekerja dengan majikan atau bekerja sendiri, selain melanjutkan pelajaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelajar itu telah dididik dan dilatih dengan kemahiran asas sebelum menceburi bidang pekerjaan bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka.

"Ada dalam kalangan mereka yang bekerja di bidang seperti kulinari dan kraftangan...pada tahun ini, kita harap kadar kebolehpasaran itu akan meningkat sehingga 86 peratus," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kebolehpasaran MBPK 2024 pada Selasa, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Instruksional Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Dr Mohd Anuar Abdullah.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, karnival julung kali diadakan di Melaka, melibatkan lebih 2,000 pelajar dari 110 sekolah rendah dan 40 sekolah menengah seluruh Melaka bagi menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai bidang.

Iklan

Katanya, program itu juga berperanan sebagai platform MBPK memperkembangkan kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi selain sebagai pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah. - Bernama