CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

Iklan
Hamburger (kiri) menyerahkan sumbangan pendidikan kepada Cikgu Fauzalina di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

CTOS Digital Berhad menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi kumpulan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, Erick Hamburger, dana biasiswa itu akan digunakan bagi membiayai 100 pelajar paling kurang bernasib baik di sekolah tersebut dengan sumber bagi mengutamakan pendidikan mereka.

Iklan
Iklan

"Ramai daripada pelajar kurang bernasib baik tidak meneruskan persekolahan atau menangguhkan pendidikan kerana masalah hidup lain.

"Justeru, melalui biasiswa pelajar CTOS, kami berharap dapat memberikan sokongan yang berterusan kepada pelajar untuk menjadikan pendidikan sebagai matlamat utama mereka hingga ke peringkat pengajian tinggi,” ujarnya dalam Majlis Rumah Terbuka Raya CTOS di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Hamburger berkata, dana tersebut merupakan sebahagian inisiatif CTOS Care dalam usaha memperluas tanggungjawab sosial korporatnya.

Menurut beliau, ini bagi untuk mengurangkan ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam pendidikan serta membantu menyediakan pendidikan inklusif, mudah capai dan berkualiti dalam komuniti.

Iklan

"Usaha literasi kewangan kami telah menyebabkan lebih daripada empat juta orang mendaftar perkhidmatan semakan diri CTOS untuk mengurus kewajaran kredit mereka.

"Namun, sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka Malaysia, kami sentiasa menerokai peluang untuk memberikan lebih banyak bantuan dan memberi balik kepada komuniti adalah tanggungjawab yang kami ambil dengan serius.

"Tiada yang lebih serius daripada pendidikan generasi akan datang dan saya berharap sumbangan kami dapat memainkan peranan kecil dalam membantu pelajar SK Tasek Permai mencapai potensi penuh mereka,” katanya.

Terdahulu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEP) SK Tasek Permai, Cikgu Fauzalina Ahmad hadir dalam majlis itu sebagai mewakili pelajar menerima sumbangan tersebut.