KPM pandang serius laporan kes rogol kanak-kanak

Iklan
Pendedahan mengenai kes rogol kanak-kanak bawah umur yang meningkat secara konsisten ternyata mengejutkan ramai.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius mengenai kejadian rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, beberapa langkah pencegahan telah diambil dalam menangani isu berkenaan.

Iklan
Iklan

Kata Fadhlina, antara langkahnya adalah menjalankan kerjasama rentas kementerian bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dengan melaksanakan advokasi berkaitan gangguan seksual.

Selain itu, kementerian juga menambah nilai garis panduan pengurusan gangguan seksual di institusi pendidikan dan latihan termasuk penekanan advokasi kepada semua guru.

Iklan

"Manakala di peringkat sekolah biasa, kita menegaskan semula tentang pengurusan antigangguan seksual, proses, aduan, tindakan yang mesti diambil dengan segera sebaik sahaja guru tahu tentang perilaku berkenaan.

"Oleh itu, saya fikir ketika ini komitmen daripada semua pihak dan ibu bapa adalah memastikan keluarga mereka selamat dulu, kemudiannya di peringkat sekolah biasanya kita akan menjadi tempat untuk menerima aduan-aduan tersebut,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bahawa kes rogol meningkat secara konsisten melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Ia dikongsi selepas merasmikan program Seminar dan Sudut Pemikiran Dato’ Dr Siddiq Fadzil di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak pada Selasa.