Jelajah TV PSS Sinar Bestari Melaka: Cungkil bakat adik-adik!

Iklan
Murid dan guru yang hadir diberikan taklimat mengenai gerak kerja sesebuah produksi oleh kru TV PSS Sinar Bestari Gambar kecil: Nasaruddin.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Baru, Melaka menjadi lokasi ketiga pengajuran Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) Sinar Bestari pada tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Nasaruddin Rahmat berkata, pihaknya menyambut baik program penglibatan rakan strategik seperti Sinar Bestari dalam membangunkan murid-murid yang lebih kreatif menghasilkan bahan rakaman termasuk bahan sekolah.

Gelagat murid yang hadir pada Jelajah TV PSS Sinar Bestari di SK Bukit Baru, Melaka pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peluang ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid dan pemangkin semangat agar mereka dapat menghasilkan bahan rakaman yang pelbagai serta tidak tertumpu dalam sekolah.

"Malah, murid-murid TV PSS ini boleh mengembangkan idea serta bakat menghasilkan rakaman di luar sekolah seperti lokasi sejarah, tempat menarik di Melaka dan sebagainya.

"Sebenarnya sekolah-sekolah di Melaka, mereka mempunyai bakat tersendiri cuma kadang-kadang kita perlu buka ruang kepada mereka untuk mencungkil bakat itu.

Iklan

"Setidak-tidaknya ruang dan peluang sebegini dapat meningkatkan keyakinan mereka dan kemahiran-kemahiran yang boleh ditambah," katanya ketika ditemui di SK Bukit Baru di sini, pada Rabu.

Antara pengisian oleh kru TV PSS Sinar Bestari di SK Bukit Baru, Melaka.

Mengulas lanjut Nasaruddin berkata, program jelajah ini juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada peserta untuk mengetahui idea atau pengisian media sosial yang sesuai boleh diketengahkan dan dipromosikan.

Iklan

Untuk rekod, sebanyak 25 buah sekolah sekitar Melaka turut serta dalam bengkel Jelajah TV PSS Sinar Bestari dengan penyertaan lebih 100 orang peserta terdiri daripada murid dan guru.