Rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004!

Iklan
Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari tajuk baru adalah antara rahsia kejayaan pelajar pintar ini.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 sudah pun diumumkan.

Nama-nama pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan cemerlang pastinya akan terpampang di dada-dada akhbar tempatan dan media sosial.

Iklan
Iklan

Dr Amalina Bakri atau nama penuhnya, Nur Amalina Che Bakri adalah antara pelajar hebat dan bijak yang mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM 2004.

Dek pencapaian membanggakan itu, ramai generasi muda mula memasang impian mahu menjadi sepertinya yang kini berkhidmat sebagai Pakar Bedah di London.

Iklan

Cuma untuk menjadi seperti beliau, sudah semestinya ada pengorbanan amalan yang perlu dilakukan.

Untuk itu, Sinar Bestari dedahkan beberapa rahsia kejayaan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan seperti dikongsinya menerusi laman sosialnya.

Iklan

Ini catatan beliau!

*****

Belajar merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Apabila seronok, proses mengulang kaji apa jua mata pelajaran menjadi mudah.

Saya belajar seperti biasa dan menganggap ulang kaji itu sebagai aktiviti yang sangat menarik.

Bila menarik, saya tidak letih untuk belajar walaupun perlu menghabiskan masa yang panjang untuk menelaah.

Daripada 10 subjek yang dipelajari di sekolah, hanya mata pelajaran Prinsip Akaun sahaja yang dipelajari di pusat tuisyen (sebagai tambahan).

Yang lain-lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika tidak faham, saya akan berjumpa dengan guru dan meminta bantuan mereka.

Kepada mereka (pelajar) yang sukar untuk mengingati nota dan formula, mungkin anda boleh ikuti tip di bawah ini.

1) Buat nota ringkas.

2) Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari tajuk baru.

3) Wujudkan kata kunci.

4) Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.

5) Buat latih tubi supaya lama-kelamaan mudah untuk mengingati.

6) Ulang kaji di rumah secara berterusan.

Tip menguatkan ingatan selepas ulang kaji

1) Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

2) Sentiasa berfikiran positif.

3) Fikir perkara berfaedah sahaja.

4) Elak berfikir perkara yang memesong dan merosakkan minda.

5) Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.

6) Jangan minum minuman bergas.

INFO

Biodata Dr Amalina

1) Nama sebenar Nur Amalina Che Bakri namun lebih dikenali sebagai Dr Amalina atau Amalina Bakri.

2) Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan dan membesar di Johor Bahru, Johor.

3) Anak tunggal pasangan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sabariah Hassan (pengetua sekolah).

4) Namanya mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam SPM 2004.

5) Memulakan kerjaya sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

Pencapaian Dr Amalina

1) A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari 2005 hingga 2007.

2) Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.

3) Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010.

4) Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang Farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010.

5) Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah erubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.

6) Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015.

7) Sebelum ini, beliau menuntut dalam bidang pengajian Doktor Falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai Pendaftar Pembedahan Umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.