Jangan pandang rendah guru akademik

Iklan
Cikgu Norazri (kanan) akan menjalankan tugas dan peranannya sebagai guru akademik dengan sebaik mungkin.

Dengan rela hati, Cikgu Norazri Mat Piah telah melepaskan jawatan sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut, Papar, Sabah pada tahun 2019.

Bukan mengundur diri dalam dunia pendidikan, sebaliknya beliau mara mencari peluang dan ruang sebagai guru akademik DG54 seperti sebelum ini demi kecemerlangan para pelajar di sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Cikgu Norazri berkata, dirinya memilih jawatan guru akademik kerana kecintaan dalam tugas mendidik yang melebihi segala-galanya.

"Waktu itu, saya hanya fikirkan mahu mencurah ilmu untuk semua pelajar.

Iklan

"Saya lakukan semua ini ikhlas daripada hati walaupun tahu tanggungjawab sebagai guru akademik cukup banyak,” ujarnya.

Sejak mengambil semula jawatan guru akademik, Cikgu Norazri mula menyusun strategi.

Iklan

Buat pertama kalinya, beliau memulakan langkah dengan memperkenalkan inovasi Teknik Lipat 4 Dapat Sains Kimia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021 sekali gus dinobatkan penerima Anugerah Guru Inovasi Peringkat Negeri Sabah 2021.

Kemudian, Cikgu Norazri dilantik sebagai mentor kepada tiga rakan sejawat dan paling mengujakan, rakan-rakan tersebut diumum penerima Anugerah Guru Ikon Kajian Tindakan dan Anugerah Ikon Guru Inovasi Papar.

Selain itu, beliau turut melaksanakan Simulasi Amali Sains SPM Bersepadu sebanyak tiga kali bagi memantapkan persediaan pelajar peperiksaan.

Akhir sekali, guru hebat ini berharap agar guru akademik yang bergred tinggi sepertinya tidak dipandang rendah dan menganggap sebagai seorang guru berprestasi lemah.

"Jika boleh, jadikan mereka (guru akademik) sebagai rakan sinergi yang boleh berkongsi pelbagai pengalaman biarpun tidak dijulang dengan jawatan atasan,” ujarnya.