Kaedah pembelajaran mengikut zaman

Iklan

Cikgu Ainul beradaptasi dengan pendidikan digital dan ICT buat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Seiring peredaran masa yang memfokuskan kemajuan teknologi dunia pendidikan membuatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD).

Ia melibatkan kesemua anak muda termasuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Iklan
Iklan

Melihat kepentingan pendidikan digital dan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT), Siti Ainulmursyida Shamsudin mula mendedahkan perkara ini sejak tahun 2015 menerusi sesi pembelajaran berteraskan kemajuan.

Menariknya, sosok pendidik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orkid Desa, Cheras yang mahu dipanggil sebagai Cikgu Ainul, 40, menerapkan pendidikan digital dan ICT kepada murid pendidikan khas.

Iklan

Cabaran mendidik anak istimewa

Cikgu Ainul memberi tunjuk ajar kepada MBPK.

Menjadi seorang guru semestinya berdepan pelbagai cabaran apatah lagi memikul tanggungjawab mendidik MBPK.

Iklan

Namun, ia sama sekali tidak menghalang Cikgu Ainul untuk meneruskan tugas memberi tunjuk ajar terutama dalam konteks pendidikan digital agar mereka tidak ketinggalan walaupun dikategorikan sebagai murid istimewa.

"Murid-murid saya ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu kefungsian rendah, sederhana dan tinggi.

"Bagi pelajar kefungsian tinggi, tidak ada masalah untuk mengajar tentang apa itu digital, robotik dan sebagainya. Malah mereka lebih mantap penguasaannya.

"Cabaran di sini untuk pelajar kefungsian rendah atau sederhana yang memerlukan fokus dan tumpuan lebih,” katanya kepada Sinar Bestari.

Cikgu Ainul memberitahu, pembelajaran kepada pelajar pengusian rendah atau sederhana lebih menumpukan kepada kemahiran motor.

Katanya, mereka diberi latihan tentang cara menggerakkan tetikus komputer dan klik di tempat yang betul.

"Sekiranya pelajar ini sudah mampu tekan tetikus dan klik di tempat seperti yang diajar, ia satu pencapaian hebat buat mereka. Itu bukti mereka boleh fokus.

"Kaedah lain yang saya gunakan melalui gamifikasi bagi murid kefungsian rendah yang ada kemahiran memasak.

"Hendak beri mereka pegang pisau secara fizikal agak bahaya, jadi melalui gamifikasi ini saya ajarkan mereka menggerakkan pisau dengan tetikus melalui permainan memasak,” jelasnya.

Katanya, kaedah itu bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran motor pelajar tetapi secara tidak langsung mengasah pemikiran komputasi mereka.

Angkat kejayaan pelajar

Bercerita tentang pembelajaran berteraskan digital dan ICT, akuinya tidak mudah kerana melibatkan kos dan peralatan yang tidak mencukupi.

Beliau mengambil inisiatif memohon sumbangan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Yayasan Petronas serta ibu bapa.

Bersama pelajar berkeperluan khas di SMK Orkid Desa.

"Alhamdulillah, awal tahun 2020, saya mendapat perkhabaran surat permohonan kelengkapan komputer untuk pusat sumber digital sudah lulus dan pelajar boleh menggunakannya dengan selesa.

"Daripada situ juga, saya mula ajar murid-murid untuk masuk pertandingan berunsurkan ICT, salah satunya ‘Global IT Challenge For Youth With Disabilities’.

"Tahun 2021, pelajar saya iaitu Muhammad Ammer Badrul Hisham yang ada masalah pendengaran diangkat sebagai penerima Best Award Winner e-TOOL Excel,” kongsinya.

Ia diikuti seorang lagi MBPK, Kaviraj Segar yang memenangi Best Award Winner e-Content dalam pertandingan sama pada 2022, selain mengalahkan 700 peserta lain.

Untuk rekod, pertandingan disertai Kaviraj memerlukannya menghasilkan video dan lebih memeranjatkan, pelajar itu mampu merekod dan menyunting hasil karya bertemakan alam sekitar.