65 murid alami keracunan makanan

Iklan
Murid yang mengalami keracunan diberi rawatan awal.

Keadaan kesemua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah yang mengalami keracunan makanan pada Isnin, dilaporkan dalam keadaan terkawal.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, ia berdasarkan laporan yang diterima dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda Yan (KMY) berhubung kejadian.

Iklan
Iklan

"Semua terkawal setakat ni," katanya ketika dihubungi.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan, akan merujuk pihak sekolah berhubung perkembangan terkini keadaan murid yang terjejas.

Iklan

"Kena rujuk dengan guru besar atau PPD KMY untuk status terkini," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kira-kira 65 murid sesi pagi SK Bandar Puteri Jaya, mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin pada Isnin.

Iklan

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Zubir Othman berkata, kesemua murid Tahun Empat, Lima dan Enam itu dikatakan mengalami gejala keracunan iaitu sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Kesemua mereka didakwa mengalami simptom berkenaan selepas dikatakan makan kuetiau sup di kantin sekolah semasa waktu rehat.

Disebabkan itu, pasukan kesihatan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tujuh murid kemudiannya dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut ke HSAH dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, kantin sekolah itu diperintahkan tutup sementara selama tiga hari bermula Isnin bagi membolehkan siasatan dijalankan.