Membawa misi untuk digelar sebagai sekolah lestari alam sekitar membuatkan guru besarnya ikut turun padang dalam menyusun atur landskap.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di laman sosial Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kemuning 2 baru-baru ini, kelihatan Cikgu Hamidi Shariff menyertai para guru dan murid-murid membersihkan kawasan dan mencantikkan persekitaran sekolah berkenaan.
Dalam perkongsian itu, Sinar Bestari tertarik dengan harapan agar SK Bukit Kemuning 2 dapat melahirkan arkitek landskap muda yang bermula dari sekolah rendah.
Untuk rekod, persiapan guru besar bersama para cikgu dan murid-murid di sekolah itu adalah sempena pertandingan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2024 tidak lama lagi.
Selamat maju jaya Sinar Bestari ucapkan!