Enam tip permohonan UPUOnline

Iklan
Pastikan memohon program yang diminati bagi mendapat tempat di pusat pengajian tinggi.

Debaran yang dinantikan sudah pun terjawab, akhirnya kesemua 395,870 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 awal Januari lalu, menerima keputusan masing-masing.

Pastinya selepas menerima keputusan ini masing-masing tekun mengisi permohonan UPUOnline bagi menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

Iklan
Iklan

Namun diingatkan untuk tidak mengisi permohonan universiti secara membuta tuli bagi mengelak permohonan kemasukan ditolak atau tidak diterima.

Menurut Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Mohd Najib Mohd Sarif, permohonan UPUOnline membenarkan pelajar mengisi sehingga 12 pilihan IPTA mengikut kursus yang diminati.

Iklan

Beliau berkata, permohonan itu akan dilihat menerusi sistem meritokrasi yang dilihat dari sudut 90 peratus keputusan akademik.

Najib

"Sebanyak 10 peratus lagi adalah keputusan kokurikulum bagi melayakkan setiap pelajar yang lulus diterima masuk ke peringkat seterusnya.

Iklan

"Keputusan cemerlang bukan penentu pelajar ini berjaya atau tidak permohonan UPUnya.

"Kadang-kadang, calon yang menerima keputusan cemerlang 8A tetapi markah kokurikulumnya tidak bagus berkemungkinan perlu bersaing dengan calon yang cemerlang akademik dan kurikulum,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari baru-baru ini.

Justeru, Najib berkongsi enam tip penting buat pelajar lepasan SPM bagi mengisi permohonan UPUOnline.

"Mudah-mudahan permohonan mereka diterima dan ditempatkan mengikut institut pilihan masing-masing,” katanya.

INFO

Ini yang anda perlu tahu!

1) Ketahui syarat khas atau am sesuatu program dan kursus

Pelajar dikehendaki mengetahui terlebih dahulu syarat khas atau am sesuatu program yang ingin dipohon. Melaluinya, empunya diri akan lebih cakna untuk mengisi permohonan mengikut kelayakan keputusan yang diterima.

2) Pastikan memohon program yang diminati

UPUOnline menetapkan sebanyak 12 pilihan untuk pelajar pilih dan isi. Perkara ini penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian mendapat program yang tidak diminati, sedangkan pilihan itu dibuat oleh pelajar sendiri.

3) Semak purata merit

Pelajar boleh melihat purata merit dalam e-panduan secara dalam talian. Bahkan pihak Jabatan Pendidikan Tinggi menggalakkan untuk memuat turun aplikasi UPUPocket. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat kiraan merit sendiri melalui keputusan yang diterima.

4) Susun program mengikut keutamaan

Pelajar hendaklah menyusun sebanyak 12 pilihan mengikut keutamaan. Contohnya, bagi yang meminati bidang pengiraan, anda boleh meletakkan program Matematik di pilihan pertama, diikuti dengan pilihan kedua iaitu perbankan dan program insurans di tempat ketiga. Namun sekali lagi diingatkan, program itu mestilah dipohon atas dasar minat.

5) Pelbagaikan bidang program dan pusat pengajian

Pelajar perlu meletakkan 12 pilihan dalam UPUOnline dengan mempelbagaikan bidang program dan tempat pengajian. Ini membolehkan anda mendapat penempatan dalam mana-mana pilihan yang dipilih.

6) Rujuk kaunselor

Digalakkan untuk merujuk kaunselor agar dapat membuat keputusan yang terbaik bagi masa depan pendidikan anda. Ini kerana, kaunselor merupakan wakil kuat di peringkat sekolah yang telah didedahkan dengan dasar UPU menjadikan mereka pakar rujuk utama oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat dan panduan yang sebenarnya.