Baucar buku akan dikembalikan - PM

Iklan
Perdana Menteri ketika berucap merasmikan PBAKL 2024 yang telah bermula 24 Mei lalu hingga 2 Jun 2024.

Pemberian baucar buku kepada murid sekolah akan diagihkan selewatnya pada Jumaat (esok) bagi meningkatkan lagi budaya membaca dalam kalangan golongan muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian baucar itu akan diberi kepada murid sekolah bermula Tahun Empat hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bernilai RM100 setiap seorang.

Iklan
Iklan

"Kerajaan boleh teruskan dengan (pemberian) baucar RM100 itu dan untuk tahun ini, kita mulakan dari (murid) Tahun Empat dan ke atas bagi mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan.

"Kita akan beri panduan (jenis) buku termasuk novel klasik (seperti) Hikayat Hang Tuah, novel oleh sasterawan terkemuka dan sebagainya," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Iklan

Iklan