403 graduan SMPKV terima SKM

Iklan
Salah seorang graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Bekeperluan Pendidikan Khas 2024.

Seramai 403 graduan dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Bekeperluan Pendidikan Khas bagi tahun 2024.

Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh itu melibatkan graduan dari empat buah SMPKV iaitu SMPKV Shah Alam, Selangor; SMPKV Indahpura, Johor; SMPKV Kuantan, Pahang dan SMPKV Merbok, Kedah.

Iklan
Iklan

Selain SMPKV, Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang juga terlibat dalam penerimaan sijil di majlis konvokesyen ini.

Menurut Kah Woh, graduan-graduan ini berjaya menamatkan pengajian mereka dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekali gus meningkatkan lagi jumlah graduan memiliki SKM.

Iklan

"Saya yakin dengan peningkatan jumlah graduan yang memiliki SKM, hak pendidikan anak-anak akan terus dimartabatkan termasuklah murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

"Saya dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah kepada para graduan, ibu bapa dan ahli keluarga yang turut meraikan kejayaan anak-anak mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Bekeperluan Pendidikan Khas 2024 pada Selasa.

Iklan

Tambah Kah Woh, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dilihat telah berjaya melahirkan tenaga kerja domestik yang berkemahiran tinggi dan berupaya ke peringkat antarabangsa.

Ia turut memberi peluang kepada MBPK bagi memastikan pencapaian, keupayaan dan potensi mereka dioptimumkan yang secara tidak langsung memberi gambaran awal berkaitan bidang pekerjaan pada masa hadapan dan seterusnya menjadi bidang kerjaya selepas tamat persekolahan.