Sebab hutang PTPTN, ramai pilih tidak mahu sambung belajar?

Iklan
Gambar hiasan

Setiap tahun kita disajikan dengan isu-isu melibatkan golongan anak muda yang memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi disebabkan beberapa faktor salah satunya adalah kewangan.

Malah tindakan itu diambil kerana tidak mahu menyusahkan beban kewangan keluarga di samping perlu membayar bebanan hutang pembelajaran pada kemudian hari kelak.

Iklan
Iklan

Ia dikejutkan lagi dengan isu yang melibatkan kira-kira 10,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak hadir menduduki peperiksaan terbabit menjadi satu kebimbangan ramai pihak serta beranggapan mereka sudah semakin hilang minat untuk belajar.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh media sosial, Hakimi Nuzihan memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan mengatakan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan punca utama generasi Z (Gen Z) enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Iklan

"Jangan salahkan GenZ je tak nak belajar universiti. Mereka dah tengok abang kakak dia, hutang PTPTN RM50,000 gaji RM1800.

"Something wrong somewhere,” tulisnya.

Iklan

Walaubagaimanapun, segelintir warga maya ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dimuat naik itu.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa walaupun nilai pinjaman PTPTN tinggi, pendidikan merupakan satu pelaburan yang bermanfaat.

Meninjau ke ruangan komen, Hakimi turut menulis tentang penafian kepentingan pinjaman PTPTN tetapi isu sebenarnya adalah terdapat banyak kursus di universiti yang tidak mempunyai potensi dalam pasaran pekerjaan.

Dalam pada itu, antara komen yang sempat dipetik,

"Tidak semestinya kena ambil PTPTN. Mara dan zakat juga pilihan yang baik,” tulis Mohamad Nazrin.

"Ibu bapa kena ambil peduli tentang kos pengajian di universiti. Boleh mula ‘survey’ yuran, kos sara hidup anak-anak di universiti. Ambil kira juga kadar inflasi. Dah ada idea boleh mula menabung pendidikan anak-anak. Mula seawal mungkin. Kalau boleh masa dalam kandungan dah mula menabung,” tulis Ahmad Idham.

"Ada betul apa yang dikatakan. Cima kita kena ambil masa untuk merenung kembali. Jika dilihat daripada nilai pinjaman PTPTN memang akan murung, tapi cuba lihat manfaat ilmu yang bakal diperolehi. Pendidikan adalah pelaburan,” tulis Ab Farid Al-Kubra.

"Ada betul juga untuk sebahagian keadaan. Bukan untuk menafikan kepentingan pendidikan tapi pihak tertentu perlu buat sesuatu. Masyarakat tanpa ilmu, negara akan mundur,” tulis Ahmad Farhan Mohd Amli.