Hidup ini sebuah perjalanan, bukan perbandingan - Dr Syahr Musafir

Iklan
Pelajar cemerlang sebenarnya tidak diminta untuk menjadi popular apatah lagi diangkat sebagai idola ramai. Gambar kecil: Dr Syahr Musafir

Sikap suka membanding-bandingkan antara satu sama lain seakan-akan sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat kita.

Ia jelas terlihat dalam dunia pendidikan di mana ramai mengandaikan hanya pelajar bijak sahaja yang wajar mendapat kehidupan sempurna berbanding pelajar kurang cerdik.

Iklan
Iklan

Dari sisi pelajar pintar, orang ramai pula sibuk memikirkan hala tuju sedangkan itu adalah kehidupan mereka dan biar masing-masing memilih cara hidup sendiri. Selagi tidak terbabas, kita perhatikan sahaja. Yang mana baik, kita jadikan panduan dan rujuan.

Pensyarah dan penulis buku terkenal di negara ini, Dr Syahr Musafir turut melahirkan kekesalan mengenai perkara itu terutamanya tentang kecemerlangan pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan

"Pelajar yang mendapat banyak A bukan bermaksud kena jadi doktor. Dapat A dalam subjek Sains pun bukan bermaksud kena jadi doktor, saintis, jurutera dan seumpamanya.

"Jadi, tak perlu banding-banding hingga menjatuhkan...” tulis beliau di laman Facebook pada Rabu.

Iklan

Untuk makluman, segala catatan yang diambil dan dikongsi semula di Sinar Bestari adalah atas kebenaran beliau.

Ujar Syahr dalam hantaran tersebut, dia sebenarnya kecewa dan perit apabila ada sesetengah masyarakat yang membuat perbandingan beberapa pelajar cemerlang negara.

"Amalina (Nur Amalina Che Bakri atau Dr Amalina Bakri) pelajar cemerlang 17A1 dalam SPM 2004, sekarang bergelar doktor pakar perubatan pembedahan di United Kingdom (UK) dibanding lalu dipersoalkan kenapa Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal (20A iaitu 19A1 dan 1A2 SPM 2008) bukan menjadi doktor, bukan graduan universiti luar negara, bukan influencer terkenal di media sosial dan macam-macam lagi.

"Disebabkan tular perbandingan dan persoalan sebegini, nama-nama lain seperti Siti Fatmah Mukhtar (18A - 17 1A, 1 2A SPM 2006) dan Azali Azlan ( 20A1 dan 1A2 SPM 2007) turut terpalit apabila ditanya segelintir masyarakat mengenai di manakah mereka, kenapa mereka ini bukan influencer, kenapa mereka begini, kenapa mereka begitu,” tulis beliau lagi.

Mengulas lanjut, Syahr berkata, pelajar cemerlang itu sebenarnya tidak diminta untuk menjadi popular apatah lagi diangkat sebagai idola ramai.

"Budaya mengumumkan pelajar paling banyak A dalam SPM 'dibuat' sekitar tahun 2000 hingga 2010. Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat.

"Dan kita semua perlu tahu, pada tahun-tahun yang dinyatakan itu, ada beberapa atau ramai lagi para pelajar mendapat banyak A cuma mereka bukan paling banyak A saja.

"Maka, nama-nama pelajar paling banyak A disebut-sebut hingga menjadi berita hangat sedangkan mereka tidak pernah merancang mengambil subjek paling banyak supaya dapat jadi popular,” jelasnya lagi.

Nik Nur Madihah misalnya, bukan mengambil 20 subjek dan mendapat 19A1 dan 1A2 untuk menjadi popular apatah lagi bergelar instafamous.

Begitu juga dengan Dr Azali yang kini berkhidmat sebagai ahli biologi molekul di UK pun juga bukan nak jadi Tiktoker.

"Sebab itulah mereka sekarang bukan influencer popular di media sosial dengan jutaan followers. Sebab itulah mereka tak muncul di TV. Sebab itulah berita-berita pasal mereka tak disiarkan.

"Saya secara peribadi mengenali Dr Siti Fatimah pemegang title SPM 2006 dengan kejayaan 18A - 17 1A, 1 2A tetapi percayalah, orang yang tahu saja tahu kisahnya itu. Dr Fatimah tak pernah bercerita pun, jadi rakan-rakan lain yang tak tahu Fatimah yang kami kenali itu sebenarnya Fatimah 18A tu tak tahu pun dialah Fatimah 18A tu. Boleh faham maksudnya?

"Mereka bukan nak terkenal macam artis pun. Jadi tak perlu pun timbul fitnah kenapa Amalina popular tetapi Nik Nur Madihah tenggelam, hilang, tak popular, mestilah sebab malu gagal pengajian. Like whattttttt...Boleh faham tak? Tak perlu.

"Lain orang lain cara fikir, lain cara hidup, lain macam-macam. Tak sama. Jadi janganlah sama-samakan. Jadi janganlah banding-bandingkan,” tulisnya panjang lebar.