Tiga kaedah asah kemahiran membaca

Iklan
Terdapat tiga kaedah mengajar membaca yang banyak digunakan iaitu kaedah abjad (alphabet), kaedah fonik atau bunyi dan kaedah gabung bunyi kata. Gambar kecil, dari atas, Mohd Firdhaus Hasraf dan Suraya.

Dilaporkan kira-kira 170,000 murid pada peringkat sekolah rendah gagal menguasai kemahiran membaca ketika ini.

Jumlah yang membimbangkan itu berpunca beberapa faktor antaranya kesan penutupan sekolah hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19 sekitar tahun 2000 selain kekeliruan kaedah mengajar di sekolah dan di rumah.

Iklan
Iklan

Lazimnya terdapat tiga kaedah mengajar membaca yang banyak digunakan guru-guru samada di tadika atau di prasekolah iaitu kaedah abjad (alphabet), kaedah fonik atau bunyi dan kaedah gabung bunyi kata.

Kaedah abjad (alphabet) merupakan kaedah tradisional dengan murid perlu menghafal 26 bentuk huruf konsonan seperti b,c,d hingga z serta lima huruf vokal seperti a, e, i, o, u dengan huruf e mempunyai dua bunyi iaitu ‘e pepet’ dan ‘e taling’.

Iklan

Kaedah ini memerlukan latih tubi yang berterusan bagi membolehkan murid-murid memahami pembentukan suku kata dan ayat.

Kaedah fonik atau bunyi lebih memfokuskan kepada kemahiran membunyikan huruf dan suku kata.

Iklan

Ia memberi kesan lebih pantas berbanding kaedah abjad di mana murid-murid tidak perlu menghafal bunyi huruf sebaliknya terus membunyikan huruf tersebut.

Contohnya a disebut aa.. manakala b disebut beh. Kaedah ini tidak membebankan memori kerana murid boleh menyebut suku kata dengan lebih mudah faham.

Bagi kaedah gabung bunyi kata pula, guru-guru biasanya memperkenalkan bunyi vokal a, i dan u terlebih dahulu.

Setiap suku kata terus dibunyikan menjadikan kaedah ini paling pantas untuk belajar kemahiran membaca.

Kefahaman berkenaan diftong dan diagraf juga mudah diasah kerana murid boleh membunyikan dan menyambung suku kata secara terus untuk menyebut perkataan.

Setiap kaedah tersebut mempunyai kelebihan tersendiri. Apa yang paling utama adalah memastikan murid-murid diajar secara konsisten kaedah di fahami tanpa menukar kaedah yang bercampur dan berlainan.

Terdapat masalah yang berlaku di mana murid diajar kaedah abjad oleh guru di sekolah namun diajar pula kaedah fonik di rumah atau kelas membaca tambahan.

Murid-murid menjadi keliru dan dipersalahkan atau dianggap lemah namun apa yang tidak disedari adalah kesilapan ibu-bapa atau guru-guru dalam mengenal pasti kaedah yang menjadi asas membaca anak-anak atau murid-murid.

Tekanan belajar di tahap murid-murid seawal usia 5 ke 6 tahun boleh menyebabkan mereka hilang minat belajar.

Oleh itu, kebanyakan guru-guru menerapkan aktiviti belajar sambil bermain dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan bahan mengajar seperti seni kreatif, nyanyian, tarian mahu pun lakonan.

Kelebihan aktiviti belajar sambil bermain dalam kalangan murid dapat meningkatkan keseronokan untuk belajar selain memberi kesan emosi yang positif terhadap perkembangan minda mereka.

Maklumat penulis

1) Tenaga pengajar di Kelas Membaca Kanak-Kanak Sufi Kreatif, Proton City, Perak merangkap penulis buku, Mohd Firdhaus Hasraf Hassan

2) Penulis buku, Suraya Ismail

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my