Murid Tahun Enam SK Penchu ditemukan lemas dalam lombong

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat digerakkan serta mangsa berjaya ditemui pada jam 3.20 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter dan dianggarkan 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. Foto: JBPM Johor

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika bermandi-manda dengan beberapa rakan di kawasan lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu, Gersik, Johor pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Penchu, Johor. 

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.02 petang.

"Mangsa kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dilaporkan mandi bersama tiga lagi kanak-kanak iaitu adik lelakinya berumur 10 tahun dan dua rakan masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun sebelum kejadian tidak diingini itu berlaku.

Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dan mangsa berjaya ditemui pada jam 3.20 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter dan dianggarkan 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh," katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan I Johar Tumin berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera bagi mencari mangsa.