Lima tip pemilihan komputer riba

Iklan
Setiap orang perlu menetapkan bajet ketika mahu membeli komputer riba bagi mengelakkan pembaziran.

Dalam dunia pendidikan, gajet seperti komputer riba begitu penting kepada pelajar, mahasiswa, guru, pensyarah, kerani dan lain-lain bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.

Misalnya, tugasan untuk mereka yang bekerja luar pejabat dan mengikuti pembelajaran di rumah, pastinya wajib menggunakan komputer riba.

Iklan
Iklan

Bagi yang masih belum mempunyai komputer riba, adik-adik tidak perlu bimbang kerana di pasaran, terdapat begitu banyak gajet sedemikian.

Namun, anda harus bijak memilih yang bersesuaian dengan penggunaan dan bajet masing-masing.

Iklan

1) Tentukan bajet

Bagi sesetengah orang, berbelanja sebanyak RM 4,000 untuk sebuah komputer riba bukan masalah. Namun, tidak semua sanggup mengeluarkan duit simpanan semata-mata membeli komputer riba.

Iklan

Pelajar perlu menetapkan bajet masing-masing bagi mengelakkan pembaziran.

Bagaimanapun perlu diingatkan, semakin rendah bajet, semakin terhad pemilihan komputer riba.

Terdapat komputer riba dengan spesifikasi dan ciri berbeza bermula harga serendah RM 1,000 dan ke atas.

Oleh itu, menetapkan bajet akan membantu menentukan kategori dan jenis komputer riba dimahukan.

2) Pilih Sistem Pengoperasian Komputer (OS)

Pemilihan OS amat penting dalam mendapatkan gajet berkenaan. Cari OS mengikut kegunaan semasa.

3) Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Ingatan Capaian Rawak (RAM)

Kecekapan komputer riba terletak pada CPU sama ada Intel atau AMD dan lain-lain. Jika anda menggunakan komputer riba terutamanya untuk tugasan universiti atau tugasan asas, Intel Core i3 atau AMD Ryzen 3 sudah memadai.

Kebanyakan komputer riba kini tersedia 4GB RAM yang memadai untuk tugasan harian seperti Microsoft Office, melayari laman web dan menonton filem.

Jika bajet lebih, 8GB RAM dapat meningkatkan prestasi komputer sekali gus memudahkan urusan kerja-kerja seharian.

4) Tentukan saiz storan yang diperlukan

Sebagai pelajar dan mahasiswa, mereka mempunyai banyak perkara untuk disimpan seperti dokumen, pembentangan, foto, filem, muzik dan banyak lagi.

Jadi, semakin tinggi saiz storan, semakin banyak maklumat dan fail-fail boleh disimpan.

5) Ketahanan bateri

Bateri pada komputer riba sama pentingnya dengan CPU dan RAM. Bateri berkapasiti besar boleh bertahan berjam-jam dan untuk mengetahui kapasiti bateri komputer riba, anda disaran melihat rating yang biasanya ditandakan bateri tiga sel, enam sel atau sembilan sel.

Sumber: Reliance Digital