SK Batu Melintang johan Pertandingan Drama Pentas Jeli

Iklan
Pasukan drama SK Batu Melintang.

Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Melintang, Jeli, Kelantan muncul johan dalam Pertandingan Drama Pentas Peringkat Daerah Jeli.

Pengarah Program merangkap Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Mazraihan Hilmi berkata, kemenangan itu adalah yang julung kali bagi sekolah ini dan sudah pasti usaha membangunkan murid-murid kreatif serta berani dalam membuat persembahan di khalayak ramai sama ada di dalam atau luar sekolah.

Iklan
Iklan

"Sangat terharu memandangkan murid yang terpilih ini agak pemalu dan kekok untuk berbicara di hadapan umum,” kata beliau.

Cikgu Mazraihan menyatakan kebanggaan beliau dengan semangat keberanian pasukan drama itu, walaupun hanya mendapat hadiah sagu hati sempena Festival Lakon Layar (FLLASh) Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Sri Tunjong Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 11 Jun lalu.

Iklan

Pasukan drama SK Batu Melintang di FLLASh baru-baru ini.

"Peluang ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid dan pemangkin semangat agar pada masa akan datang dapat memberikan persembahan lebih baik dan pelbagai,” tambah beliau lagi.

Iklan

Sementara itu, Cikgu Ahmad Safarman yang juga penulis skrip bagi teater bertajuk Meranduk Ombak merasakan kejayaan ini menguatkan semangat untuk terus menghasilkan karya terbaik walaupun beliau merupakan guru yang baru lima bulan bertukar ke daerah Jeli.

"Untuk masa akan datang saya berharap dapat menubuhkan sebuah kumpulan hebat dan mendapat sokongan semua dalam mengukuhkan lagi perjuangan menghasilkan sebuah drama pentas yang lebih baik,” katanya.