Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

Iklan
Siti Zalikhah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Ahad.

Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek iaitu Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor telah meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi.

Berita sedih itu telah dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, jenazah kini berada di Hospital Serdang, Selangor dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

"Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Iklan

"Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.

"Kami (Pejabat Menteri Pendidikan) turut merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini,” tulis hantaran itu.

Iklan

Pejabat Menteri Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

Menurutnya, Allahyarham ialah insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.

"Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. Semoga tabah dalam menghadapi ketentuan ilahi ini,” katanya pada Ahad.