Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta pelajar menghargai pengorbanan guru dan ibu bapa yang telah bertungkus-lumus memastikan mereka mendapat peluang pendidikan terbaik.
Beliau berkata, kejayaan anak-anak juga adalah hasil usaha guru dan ibu bapa yang tidak jemu membimbing mereka.
Majlis itu diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang 155 pelajar lima sekolah di Sungai Bakap yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dan Pengarah Pendidikan Negeri, Abdul Said Hussain.
Wan Azizah juga berharap pelajar akan menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti.
"Pada masa itu, beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dan ditawarkan kerja di New York dengan gaji US$3,000 namun beliau tolak untuk menubuhkan sekolah kepada pelajar tercicir.
"Sekolah tersebut ditubuhkan untuk beri mereka peluang kedua dalam pembelajaran. Itu menunjukkan betapa pentingnya pendidikan untuk PMX (Perdana Menteri ke-10)," katanya. - Bernama