Dua unit bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, Kedah musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba, Aminuddin Khozali berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira 7.30 pagi itu, tidak melibatkan mangsa.
"Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan dua pancutan dari jentera BBP Kuala Nerang dan BBP Pokok Sena. Anggaran kemusnahan kedua-dua unit bilik berkenaan adalah 90 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, api dapat dikawal pada pukul 7.55 pagi dan operasi pemadaman lanjut sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa api kebakaran. - Bernama
Iklan