MSU ungguli pencapaian SDGs global

Iklan
Pencapaian MSU dalam THE Impact Rankings 2024 mencerminkan komitmen institusi pengajian tinggi itu terhadap impak SDGs untuk pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat.

Duduki tangga 41 teratas dalam kategori SDG 1

Management and Science University (MSU) terus memperkasa kedudukannya sebagai antara institusi pendidikan tinggi swasta di negara ini.

Ia apabila MSU tersenarai dalam tangga 301-400 dalam menyokong aktiviti berasaskan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2024.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, MSU menyatakan pencapaian itu menunjukkan peningkatan 100 anak tangga, sekali gus meletakkannya dalam kelompok 2,152 universiti dari 125 negara dunia yang berjaya mencapai matlamat tersebut.

"Indikator SDG terbaik dicapai MSU dalam kategori SDG1 berkaitan pembasmian kemiskinan apabila mencapai kedudukan ke-41, selain kategori SDG 4 (pendidikan berkualiti dan inklusif) yang berada pada kedudukan ke-72, masing-masing di peringkat global.

Iklan

"MSU juga menduduki 101-200 dunia bagi kategori SDG5 (kesaksamaan gender), SDG17 (perkongsian global) dan SDG 14 bagi pemeliharaan dan penggunaan sumber di bawah air (Live Below Water),” jelas MSU dalam kenyataan itu.

Sementara itu, bagi kategori SDG10 (mengurangkan ketidaksamaan), SDG3 (kesihatan dan kesejahteraan) dan SDG2 (sifar kebuluran), MSU menduduki tangga 2201-300 di peringkat global.

Iklan

"Pencapaian ini mencerminkan komitmen MSU terhadap impak SDGs dengan fokus konsisten pada inovasi untuk pembangunan mampan dan masyarakat.

"Sebagai universiti yang komited terhadap kemampanan untuk kebaikan bersama, inisiatif SDGs MSU merangkumi pelbagai bidang utama termasuk penyelidikan, penerbitan, pendidikan berkualiti, pelajar dan aktiviti melibatkan komuniti,” ujar MSU,

Untuk rekod, THE Impact Rankings merupakan antara penanda aras utama global dalam menilai sumbangan institusi pendidikan tinggi kepada UNSDG dalam aspek kemampanan.

Penilaian yang dilaksanakan meliputi tumpuan empat bidang kritikal iaitu penyelidikan, [engurusan, jangkauan dan pengajaran.