Pejuang GSF, Muaz Zainal alumni USIM, titip nasihat sebelum ditahan...'Semoga pelajar baharu dikurniakan kejayaan di dunia & di akhirat'

Iklan
Muaz Zainal yang kini berkhidmat bersama Cinta Salam Malaysia, menaiki kapal Sirius bersama rakan-rakan lain iaitu Haikal Abdullah, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli, ditahan oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Muaz Zainal Abidin antara anak muda Malaysia yang berani menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Beliau yang kini berkhidmat bersama Cinta Salam Malaysia (badan bukan kerajaan), menaiki kapal Sirius bersama rakan-rakan lain iaitu Haikal Abdullah, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli, ditahan oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian di platform TikTok rasmi USIM, Muaz Zainal berkata, misi GSF merupakan usaha kemanusiaan yang digerakkan aktivis antarabangsa.

Iklan

Ia bertujuan menghentikan jenayah, memecahkan kepungan dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza yang tertindas.

Lebih menyentuh hati, sebelum berlayar menyertai misi berbahaya itu, Muaz Zainal sempat menitipkan pesanan berharga buat pelajar baharu USIM yang baru memulakan perjalanan akademik mereka.

Iklan

"Nikmatilah perjalanan ini bukan sekadar untuk menimba ilmu tetapi ambillah peluang menjadi insan rabbani yang mana akhirnya akan balik menyumbang diri kepada masyarakat ummah dan dunia.

"Gunalah peluang sebaik mungkin kerana pengalaman itulah yang akan menjadikan siapa anda pada masa akan datang.

"Akhir kata saya doakan semua dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, terus istiqomah menimba ilmu serta beramal dengannya," kongsinya di TikTok sebelum ditahan tentera Zionis.