Temasya sukan tahunan SK Kampong Repoh meriah!

Iklan
Pemenang temasya sukan tahunan SK Kampong Repoh menerima anugerah disampaikan Cikgu Nazimah.

Temasya sukan tahunan bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Repoh, Batu Kurau, Perak berlangsung meriah dengan penglibatan seluruh warga sekolah dan ibu bapa serta penjaga murid-murid.

Sukan tahunan yang dirasmikan Penghulu Mukim Batu Kurau, Zul Hakimi Osman bertujuan mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan sekali gus mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Selain itu, ia juga berobjektif membina semangat warga sekolah untuk menjadi lebih berani, yakin diri dan mempunyai daya saing dalam aktiviti kokurikulum.





Temasya yang turut dihadiri Guru Besar, Cikgu Nazimah N Anver Batcha menyediakan pelbagai acara sukan seperti tarik tali, menangkap kayu, sukaneka, tarian tradisional, senamrobik, tarian moden dan jualan sayur (hasil daripada kebun sekolah).

Iklan

Kesemua acara tersebut berjalan lancar dengan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.

Diharapkan temasya sukan tahunan SK Kampong Repoh akan menjadi lebih hebat pada masa akan datang.