Pempengaruh pendidikan bantu tangani isu ketidakhadiran pelajar SPM

Iklan
KPM mengetengahkan pempengaruh pendidikan atau Edufluencer bagi menangani isu ketidakhadiran pelajar SPM. - Gambar hiasan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengetengahkan pempengaruh pendidikan atau Edufluencer bagi menangani isu ketidakhadiran pelajar Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, menerusi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mampu membantu meningkatkan kehadiran calon peperiksaan SPM di masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Kami mengoptimumkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah melalui program pembangunan diri murid selain mengetengahkan pempengaruh pendidikan untuk berkongsi ilmu serta pengalaman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Roslan Hashim (Perikatan Nasional (PN)- Kulim Bandar Baharu) mengenai tindakan KPM bagi mengatasi isu 10,160 daripada 38,3685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Woh, antara faktor yang menjadi punca ketidakhadiran pelajar SPM adalah bekerja, masalah keluarga, kemalangan dan sakit.

Ujarnya, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan terus melakukan pemantauan pelajar sekolah dengan lebih baik.

Iklan

"Pihak PKM juga telah memberi peringatan kepada JPN dan PPD untuk melakukan pemantauan kehadiran pelajar,” katanya.