Matrikulasi: Kuota Bumiputera, Melayu dipertahankan

Iklan
Anwar

Di sebalik jaminan diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum, kerajaan bertegas mempertahankan kuota Bumiputera dan Melayu sedia ada.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153 serta jaminan masa depan Bumiputera Melayu agar tidak berlaku kesenjangan.

Iklan
Iklan

"Semalam (Ahad) saya umum kedua-duanya, tetapi bab kedua ini tidak dilaporkan. Hari ini Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan cerakinkan dengan lebih jelas," katanya ketika berucap di hadapan warga Jabatan Perdana Menteri sempena Perhimpunan Bulanan di Putrajaya pada Isnin.

Iklan