Alumni IKM Lumut tubuh syarikat usia muda!

Iklan
Di usia muda, Muhamad Hafizi mampu menubuhkan syarikat sendiri hasil kemahiran dan kepakaran dimilikinya.

Mungkin ramai yang terkejut dengan kejayaan bekas pelajar aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ini.

Hanya berbekalkan kemahiran TVET sahaja, pemuda yang dikenali Muhamad Hafizi Muhamad berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu MHM Service and Resources yang memfokuskan bidang pembuatan dan penyelenggaraan bot fiberglass.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Muhamad Hafizi adalah alumni Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan dari Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak pada 2009-2010.

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke peringkat Diploma Ship Design, Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Kejuruteraan Laut Malaysia (UniKL MIMET) 2012-2014.

Iklan

Tamat pembelajaran di sana, Muhamad Hafizi bekerja sebagai Jurutera Projek di UniKL MIMET Shipyard Engineering (MSESB).

Sementara itu, kejayaan Muhamad Hafizi dalam kerjaya turut menarik perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pemuda hebat tersebut.

Iklan

"Ini kisah menarik bagaimana bekas pelajar TVET IKM Lumut kemudian ke UniKL dan akhirnya berjaya menjadi Techno-Usahawan yang berjaya.

"Ayuh! Jadikan TVET Pilihan utama anda,” tulis Asyraf Wajdi di hantaran Facebook pada Selasa.