Sekolah yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang berlaku di Sabah akan diberi bantuan termasuk dari segi peruntukan.
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perkara itu dibincangkan dengan Pengarah Pendidikan Negeri bagaimana untuk membantu sekolah-sekolah yang terjejas.
Menurutnya, dalam lawatan itu beliau dapat melihat sendiri salah sebuah sekolah yang terkesan akibat banjir dan memang banyak kerosakan berlaku.
"Saya bincang dengan pengarah bagaimana untuk kita membantu, mungkin daripada kementerian dan juga daripada kerajaan negeri. Insya-ALLAH saya akan mencari jalan untuk membantu sekolah yang terlibat.
"Terdapat empat sekolah yang terlibat khususnya dari sudut perkakas termasuk almari dan meja. Jadi kita akan cari jalan untuk membantu bukan saja di kawasan Penampang malah di kawasan saya juga (Membakut) turut terjejas akibat banjir baru-baru ini," katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika melawat Sekolah Menengah (SM) Saint (St) Michael yang terjejas dalam banjir sepanjang dua hari lalu.
Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, anggaran peruntukan yang diperlukan akan diperoleh daripada pihak sekolah yang terlibat melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) bagi sekolah yang terjejas akan ditukar dengan kelas ganti.
"Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) amat komited bagi memastikan PnP tetap berjalan dan bagi di SM St Michael serta sekolah lain, saya telah berbincang dengan PPD dalam tempoh dua hingga tiga hari ini usaha membersihkan sekolah sedang dilaksanakan.
"Jadi kelas ganti akan dilakukan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan PnP," katanya.
Diminta mengulas Sekolah Kebangsaan (SK) Abaka di Tawau yang turut terjejas akibat kebakaran pada 23 Jun lalu, Raisin memaklumkan proses PnP bagi murid di sekolah itu juga berjalan dengan lancar.
"Di SK Abaka jumlah muridnya 66 orang di mana ia adalah sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).
"Apabila bangunan melibatkan murid tahap dua terbakar, PPD telah mengenal pasti kelas-kelas khas yang boleh digunakan dan alhamdulillah PnP berjalan dengan lancar," katanya.

Mohd Arifin (dua dari kanan) bersama Raisin (tiga dari kanan) ketika meninjau keadaan bilik mesyuarat di St Michael yang terjejas akibat banjir di Penampang.

Iklan
Iklan