Pelajar saham negara, semua wajar ditawar ke matrikulasi - Pakar

Iklan
Pelajar cerdik pandai adalah golongan yang akan membangunkan negara pada masa hadapan. - Gambar kecil: Hasnah.

Pakar pendidikan menyokong keputusan kerajaan menawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum kerana pelajar terbabit merupakan saham negara.

Pengerusi Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, pelajar cerdik pandai adalah golongan yang akan membangunkan negara pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

"Kalau boleh kita nak semua generasi muda bersedia untuk menyumbang kepada negara dalam kapasiti masing-masing. Namun bila ada yang cemerlang, mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin atau pemacu kemajuan negara.

"Kerajaan pun turut beri jaminan bahawa kuota pelajar Bumiputera tidak diganggu jadi rakyat tidak perlu risaukan pembaharuan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Hasnah berkata, masyarakat Melayu tidak perlu bimbang mengenai kuota kerana banyak peluang lain yang masih ada untuk pelajar-pelajar Melayu contohnya menerusi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya rasa bila masyarakat rasa peluang untuk sambung belajar terhad dan perlu berebut, itu yang timbul isu-isu perkauman.

Iklan

"Sebaliknya jika KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) boleh tunjuk usaha mereka untuk ‘membesarkan kek’ maka masyarakat akan rasa bahawa tak perlu berebut. Tenang-tenang saja, peluang akan tetap ada cuma pastikan anak-anak mencapai tahap yang ditetapkan,” ujarnya.

Hasnah menjelaskan, beliau juga lega apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa KPM dan KPT akan bekerjasama dalam memperincikan kaedah dan pelaksanaan perkara tersebut.

Ia kerana sekiranya kebergantungan pemilihan pelajar yang layak memasuki matrikulasi hanya kepada sistem Unit Pusat Universiti (UPU), dibimbangi akan berlaku keciciran pelajar cemerlang.

"Golongan ini perlu diberi lebih keprihatinan kerana cabaran pelajar OKU untuk sampai setara dengan pelajar tipikal adalah sangat hebat.

"Kalau kita lihat di United Kingdom (UK) ada akta pengajian tinggi di mana hak pelajar OKU untuk akses pengajian tinggi dijamin. Jadi perkara ini juga wajar diteliti,” tegasnya.