China martabat Bahasa Melayu

Iklan
Norman (tengah) bersama sebahagian graduan BFSU yang diraikan di Beijing baru-baru ini.

Majlis konvokesyen Beijing Foreign Studies University (BFSU) di Beijing, China Jumaat lalu, menjadi istimewa apabila Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Datuk Norman Muhamad diberi penghormatan untuk berucap dalam Bahasa Melayu.

Dalam ucapan didengari hampir 3,000 graduan yang diraikan, Norman berkata, sebanyak 17 buah institusi pengajian tinggi di seluruh China menawarkan pembelajaran Bahasa Melayu sehingga hari ini.

Iklan
Iklan

"Semua ini pastinya sukar dilaksanakan tanpa BFSU, selaku pengasas yang sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada rakan-rakan universiti lain.

"Mengenang jasa BFSU yang telah tersemai sekian lama, maka ia mendorong kehadiran saya berada di sini bagi menzahirkan ucapan terima kasih Malaysia kepada BFSU,” ujarnya.

Iklan

Hadir sama dalam majlis konvokesyen itu adalah Timbalan Ketua Perwakilan Beijing, Norfarina Mohd Azmee dan Pengarah Pejabat Education Malaysia Beijing, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif.

Terdahulu, BFSU telah mengasaskan program Pengajian Bahasa Melayu di China sejak tahun 1961 dan penempatan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China telah bermula sejak 2007.

Norman

Iklan

Sehubungan itu, Malaysia telah mengiktiraf BFSU sebagai Pangkalan Pengembangan Bahasa Melayu di Republik Rakyat China pada 2014.

Dalam perkembangan lain, Norman turut menggalakkan program pertukaran pelajar menerusi edutourism atau pelancongan pendidikan dipergiatkan sebagai inisiatif yang baik dan menyokong usaha kedua negara dalam menggalakkan pertukaran belia.

Malah, beliau turut menekankan bahawa bahasa dan budaya bukan sahaja perlu dipelajari secara teori tetapi perlu didalami serta dihayati menerusi pengalaman.

"Mahasiswa bukan hanya bersandar pada kecemerlangan akademik semata-mata sebaliknya perlu diimbangi dengan aspek sahsiah dan semangat untuk bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Serta berkongsi kepakaran demi menjadikan dunia lebih baik selari konsep Community of the Shared Future yang digagaskan Presiden China, Xi Jinping,” ujarnya.