Belajar coding sendiri, pelajar 16 tahun menang Apple’s Swift Student Challenge 2024

Iklan
Belajar sendiri dan tidak mempunyai komputer riba jenama mahal tidak mematahkan semangat Nur Alia sehingga diangkat sebagai pemenang. Kredit foto: Portal tempatan

Pembelajaran dalam bidang pengekodan atau coding semakin mendapat perhatian khususnya pelajar sekolah dalam menambah kemahiran diri agar dapat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.

Jadi tidak hairanlah jika boleh dikatakan hari ini semakin ramai pelajar negara kita mula terlibat sama ada secara aktif atau sekadar suka-suka dalam bidang coding yang dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk mereka nencipta nama sendiri.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita kemenangan seorang pelajar sekolah yang telah memenangi pertandingan mencipta aplikasi Swift Student Challenge (SSC) 2024 anjuran syarikat Apple.

Nur Alia Jannah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeksen 16 Shah Alam diangkat sebagai pemenang pertandingan itu setelah berjaya mencipta ‘Tracklist’ iaitu aplikasi semakan muzik.

Iklan

Menariknya, pelajar Tingkatan Empat itu memberitahu, ilmu dan kemahiran dalam mencipta pengekodan diperoleh dengan hanya belajar secara sendiri.

"Saya terlibat dalam pengekodan selepas mengetahui SSC dan diilhamkan oleh aplikasi yang dipamerkan di Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC) 2021,” katanya.

Iklan

Selain kemahirannya dalam pengekodan, pengetahuannya dalam ‘review muzik’ antara penyumbang kepada kemenangannya.

"Pada mulanya, saya mereka bentuk aplikasi untuk mengesan beberapa lagu tertentu yang saya dengar. Contohnya, ‘review; saya tentang album, artis atau lagu.

"Kemudian, saya sedar tidak ada aplikasi untuk orang membuat ‘review’ lagu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai cabaran ketika mencipta Tracklist, Nur Alia memberitahu ia mengambil masa selama tiga minggu.

Bahkan, dia juga perlu berdepan dengan beberapa cabaran lain antaranya kehilangan data penting yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya dalam menyelesaikan masalah.

"Saya kehilangan fail aplikasi saya dan hanya mempunyai ‘backdated backup code’ jadi terpaksa saya membuat semula beberapa bahagian.

"SSC mengajar saya bahawa idea tidak pernah terlalu kecil dan ia sentiasa boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih besar dan hebat,” katanya.

Tambah Alia, dia percaya sokongan daripada Apple memainkan peranan penting dalam memupuk bakat anak-anak muda.

Untuk pengetahun, Tracklist kini dalam fasa beta.