KPM pertimbang elaun sara hidup pelajar Tingkatan Enam

Iklan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mempertimbangkan penyediaan elaun kos sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebagai sebahagian usaha menarik lebih ramai pelajar menyertai program itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, turut dipertimbangkan KPM juga elaun untuk guru penolong kanan Tingkatan Enam dan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, mempertingkatkan sistem pendidikan Tingkatan Enam agar lebih menarik dan setanding dengan sistem pendidikan prauniversiti yang lain.

"(Selain itu) meningkatkan kebolehpasaran lepasan STPM sama ada dalam dan luar negara; menyediakan lebih banyak peluang kerjaya dan prospek untuk lepasan STPM; memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar Tingkatan Enam serta membangunkan profesionalisme guru tingkatan,” katanya.

Iklan

Jelasnya, KPM sentiasa komited untuk memperkasa dan memartabatkan pendidikan Tingkatan Enam dari semasa ke semasa dengan mengambil kira semua aspek agar laluan ini kekal menjadi salah satu pilihan utama lepasan SPM bagi meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Iklan