Cikgu Mohd Sait mahu terus berbakti walaupun sudah pencen

Iklan
Mohd Sait (dua dari kanan) menerima Anugerah Tokoh Guru daripada Onn Hafiz (tengah) pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Negeri Johor Rabu lalu.

Penerima Anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Negeri Johor, Mohd Sait Ahmad, 67, mahu terus berkhidmat sebagai 'guru' walaupun sudah pencen.

Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai guru di beberapa sekolah agama bawah kerajaan negeri lebih 40 tahun menganggap, bidang perguruan sudah sebati dengan dirinya.

Iklan
Iklan

"Selain itu, saya juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dengan memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan," ujarnya yang merupakan Ahli Lembaga Pengelola madrasah tersebut.

Terdahulu, bapa kepada empat anak dan memiliki sembilan cucu itu ditemui selepas menerima anugerah tersebut dalam Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor Tahun 2024 di Savanna Hill Resort pada Rabu.

Iklan

Anugerah disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Mengulas lanjut, Mohd Sait berkata, profesion sebagai guru amat menepati jiwanya malah tiga daripada anaknya turut mengikut jejak langkah menjadi guru dan pensyarah di universiti.

Iklan

Bendahari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Johor dan Ahli Jawatankuasa Perkim Cawangan Johor Bahru itu berkata, menjadi guru ketika ini amat mencabar tidak seperti sebelum ini.

"Kita mesti ada minat menjadi guru. Ini satu bidang yang mencabar, guru hari ini mesti memahami tujuan kita menjadi pendidik, ini bidang yang kita pilih.

Mengenai Anugerah Tokoh Guru, beliau tidak pernah menyangka menerimanya namun merakamkan penghargaan tinggi kepada semua pihak yang memilihnya.