STPM bukan lagi pilihan kedua

Iklan
Mohd Ekhwan (tengah) bergambar bersama pelajar cemerlang STPM 2023.

Pengumuman keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada Selasa lalu, mencatatkan reputasi membanggakan apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Nasional pada tahun ini meningkat daripada 2.82 untuk tahun 2022 kepada 2.84 dalam 2023.

Melalui peningkatan ini, maka jelaslah tiada halangan untuk lebih ramai calon STPM 2023 diterima masuk ke mana-mana universiti awam atau swasta, sama ada dalam atau luar negara berdasarkan kelayakan masing-masing.

Iklan
Iklan

Jadi tidak hairanlah hari ini cabang STPM bukan lagi pilihan kedua atau penempatan buat mereka yang tidak diterima masuk ke asasi atau diploma terutama sekali pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Justeru, pelbagai usaha dan inisiatif telah dibincangkan bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan STPM agar ia kekal relevan sebagai pilihan utama pelajar dan ibu bapa khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Profesor Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman

Iklan

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan Enam ini dilakukan setiap tahun bagi menambah baik sama ada dari sudut kebajikan ataupun kemudahan fasiliti untuk keselesaan pelajar.

Ia untuk memastikan setiap pelajar yang memasuki aliran STPM mendapat tempat sewajarnya.

Iklan

"Kita perlu faham bahawa STPM atau Tingkatan Enam ini turut digelar prauniversiti. Jadi setiap perkara perlu diambil berat bagi memastikan kualiti pendidikan ditingkatkan sambil menarik lebih ramai pelajar mengikuti aliran berkenaan.

"Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dengan penyediaan beberapa inisiatif penting bakal dilaksanakan membuka mata bahawa STPM bukan lagi pilihan pelajar lepasan SPM yang tidak lulus kemasukan UPU,” katanya ketika ditemui Sinar Bestari ketika Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 di MPM.

Antara cadangan yang bakal dilaksanakan secepatnya pada tahun hadapan adalah kolej Tingkatan Enam Premium dengan penyediaan fasiliti yang lebih kondusif buat semua penuntut.

Mohd Ekhwan berkata, ekosistem pembelajaran dan persekitaran yang kondusif sama seperti universiti dilihat sebagai salah satu tarikan untuk pelajar.

"Saya optimis dengan kerjasama silang kementerian antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mewujudkan kolej Tingkatan Enam Premium boleh memberi satu lagi pilihan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.

"Mereka yang berminat untuk memasuki STPM boleh memilih untuk ke sekolah harian biasa melalui Mod 2 dan Mod 3 atau boleh ke kolej Tingkatan Enam yang akan dilaksanakan KPM nanti,•”• beritahunya.

Ditanya mengenai kenyataan bahawa STPM antara peperiksaan paling sukar, Mohd Ekhwan menjelaskan ia mungkin betul atau mungkin tidak.

Akuinya, setiap peperiksaan atau aliran pendidikan mempunyai cabaran tersendiri maka terpulanglah kepada pelajar untuk mendalami ilmu.

"Boleh jadi sukar sekiranya pelajar tidak mendalami setiap subjek STPM tetapi subjek-subjek ini telah pun mempunyai silibusnya yang diajar oleh guru berpengalaman dan berkemahiran.

"Lagi pula konteks STPM itu sendiri lebih bersifat melahirkan pemikiran kritis dengan memerlukan jawapan pemahaman kognitif yang baik.

**pullquote**.