Makcik kantin sekolah tidak pulang baki duit anak, ibu luah tidak puas hati

Iklan
Tangkap layar kenyataan yang dimuat naik di aplikasi X.

Seorang ibu melahirkan rasa ketidakpuasan hati apabila terdapat sesetengah murid didakwa menjadi mangsa penipuan peniaga kantin di sebuah sekolah baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di aplikasi X @sarinizainal, kes penipuan itu acap kali berlaku ketika proses pemulangan baki wang kepada murid-murid tersebut yang membeli makanan di kantin sekolah.

Iklan
Iklan

Situasi ini turut mengundang kemarahan apabila pihak sekolah didakwa tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadap pengusaha kantin.

"Dah banyak kali kes baki duit anak tidak dipulangkan oleh makcik kantin.

Iklan

"Masuk mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ketua-ketua ini hendak perhalusi menerusi pemasangan CCTV dan mengutip duit daripada ibu bapa sebanyak RM10 sebulan bagi tujuan penyelenggaraan, melancarkan aplikasi transaksi tanpa tunai tetapi akhirnya terdapat sesetengah pihak berpendapat ibu bapa harus mendidik anak-anak,” tulisnya.

Tegasnya, walaupun perkara itu tidak menimpa anaknya tetapi dia sebagai wakil kepada para ibu bapa menggesa pihak sekolah untuk meneliti semula pengambilan peniaga kantin di sekolah.

Iklan

"Isu ini masalah makcik kantin kan. Menipu budak-budak dah banyak kali belum lagi kes marah-marah. Ada minta laporan perniagaan dari kantin?

"Ada hantar surat amaran? Kalau kantin tidak kompeten tidak perlu operasi beri kepada orang lain.

"Bayangkan sehari bagi RM5, dapat makan satu paket kentang yang ada 10 jejari kentang?” katanya lagi.

Tidak hanya itu, Sarini turut mendakwa sistem tender kantin terutamanya di sekolah kebangsaan terlalu selesa dan lemah.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah berkenaan berhubung dakwaan tersebut.