‘Trend’ hentikan persekolahan anak, undang bimbang warga maya

Iklan
'Trend' hentikan sekolah anak-anak ini ternyata undang kebimbangan ramai pihak.

Sekolah merupakan tempat anak-anak menimba ilmu pengetahuan daripada para guru yang terlatih mendidik, selain mempelajari adab yang menjadikan mereka bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai budi pekerti mulia.

Namun lain pula ceritanya sejak akhir-akhir ini apabila tular di laman Facebook mengenai satu perkongsian individu yang berpendapat untuk menghentikan anak-anak daripada bersekolah.

Iklan
Iklan

Kenyataan yang dimuat naik itu menyatakan antara alasan yang dapat dilihat adalah ibu bapa lebih mahu anak untuk fokus dengan ilmu agama dan merasakan ilmu dunia sama sekali tidak penting untuk dipelajari.

Dalam pada itu juga terdapat segelintir ibu bapa yang merasakan anak-anak ini hanya perlu pergi ke sekolah sewaktu minggu peperiksaan dan tiada kepentingan untuk pergi hari biasa.

Iklan

Antara komen yang sempat dipetik;

"Belajar di rumah sahaja, waktu peperiksaan baru pergi. Zaman sekarang belajar agama sungguh-sungguh sebab orang arih agama ramai yang meninggal.”

Iklan

"Dah berhentikan, syukur sebab berlaku dugaan di luar jangkaan, anak-anak dah ada depan mata setiap hari.”

"Suami saya kata akan berhentikan anak sekolah kalau makin merapu. Fokus belajar agama sahaja.”

"Tengah fikir juga anak-anak nak belajar modal besar tapi tak kemana. Nak layan cikgu-cikgu punya komitmen sana sini kalau tidak ikut anak kena marah.”

Bahkan, golongan ibu bapa yang bersetuju dengan ‘trend’ menghentikan anak-anak bersekolah turut mendakwa bahawa lebih baik belajar di rumah dengan buku mata pelajaran yang boleh dibeli secara dalam talian dan ia lebih menjimatkan kos perbelanjaan.

Pendapat yang dilontarkan oleh segelintir ibu bapa ini telah mengundang kebimbangan ramai pihak antaranya warga maya kerana masih menegaskan anak-anak perlu kemahiran sosial untuk perkembangan mereka.