Perak pantau pelajar susulan rusuhan di UK

Iklan
Keadaan di salah satu lokasi rusuhan di United Kingdom. (Foto: Agensi)

Kerajaan Perak sentiasa memantau kesemua pelajar dari negeri itu yang sedang mengikuti pengajian di United Kingdom (UK) susulan beberapa siri protes berlaku di negara tersebut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, kesemua pelajar perlu sentiasa peka sebarang arahan atau maklumat yang dikeluarkan Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Iklan
Iklan

"Pihak Wisma Putra sentiasa mengemas kini kepada kita mengenai sebarang perkembangan di sana.

"Bagaimanapun, kita mendapat maklumat sehingga kini pelajar (dari Perak) dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang dan hadiah kepada pemenang peraduan JomPay dan Menang bagi pinjaman pengajian tinggi negeri Perak pada Isnin.

Iklan

Semalam, Wisma Putra mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK selepas beberapa siri protes berlaku di UK berikutan insiden tikam di Southport berhampiran Liverpool pada 29 Julai lalu. - Bernama