Pengambilan guru SPP Ogos 2024 dibuka!

Iklan
Inilah peluang terbaik untuk generasi muda bekecimpung dalam dunia pendidikan sebelum tarikh tutup 23 Ogos ini.

Pengambilan guru di Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kini dibuka khusus untuk Graduan Pendidikan dan Graduan Bukan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada tarikh tutup hebahan ini pada 23 Ogos 2024.

Mereka (bakal guru) dialu-alukan untuk menyertai sektor pendidikan dengan memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Kontrak (Interim) bagi Graduan Pendidikan.

Iklan
Iklan

Manakala secara Contract of Service (COS) bagi Graduan Bukan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sinar Bestari melihat ini adalah peluang terbaik untuk individu yang bercita-cita membina kerjaya dalam bidang pendidikan sekali gus memberikan sumbangan kepada pembangunan generasi muda Malaysia di negeri berkenaan.

Iklan

Syarat pengambilan

Di sini, kami kongsikan syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 Kontrak (Interim) dan CoS:

Iklan

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini

Memiliki kelayakan seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR).

Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.

Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM.

Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian  Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.

Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak memohon. Calon yang memiliki minor dalam Bahasa Iban adalah digalakkan untuk memohon

Calon atau graduan yang tidak layak mohon

Berikut merupakan senarai calon pemohon yang tidak layak untuk membuat permohonan dalam Pengambilan Guru SPP Ogos 2024:

Calon yang telah dipanggil temu duga pada tarikh 16 hingga 18 Julai 2024.

Graduan yang sedang berkhidmat secara tetap dengan kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai PPP DG41 CoS.

Graduan yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan.

Guru interim.

Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam.

Seorang bankrap.

Memperoleh keputusan senat universiti selepas 23 Ogos 2024.

Cara mengemukakan permohonan

Calon yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan(mySPP) dengan memilih Sarawak sebagai Pilihan Pusat Temu Duga mulai dari 1 Ogos hingga 23 Ogos 2024 (Jumaat).

Calon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat.

Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan dari tarikh tutup hebahan bermula 24 Ogos 2024 hingga 7 September 2024.

Maklumat dan perhatian

Graduan Bukan Pendidikan WAJIB menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 COS.

Maklumat lanjut berkaitan UKCG akan dimaklumkan selepas tarikh tutup hebahan;

Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda pemohon akan dipadankan mengikut kluster mata pelajaran KPM dan hanya yang berpadanan sahaja akan disenarai pendek untuk panggilan temu duga tertakluk kepada kekosongan dan sekiranya calon telah melepasi semua tapisan yang telah ditetapkan.

Graduan yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Kontrak (Interim) dan COS hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa dan bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 COS yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang akan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Kontrak (Interim) dan COS dikehendaki berkhidmat di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak.

Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga; dan

Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:

(a) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

(b) https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Akhir sekali, tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Ogos 2024 (Jumaat)