Kapal Layar Optimis bangunkan bakat murid di Pulau Tioman

Iklan
Fadhlina (dari kiri) bersama rombongan hadir ke SK Mukut bersempena Program Tindak Susul Parlimen. (Foto: FB Fadhlina)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju menyediakan Kapal Layar Optimis bagi membangunkan bakat murid di Pulau Tioman, Rompin di Pahang.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat bakat dan potensi pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Mukut dalam bidang akuatik serta sukan layar.

Iklan
Iklan

"Melihat tubuh mereka yang kecil tetapi gagah di saat menavigasi kapal layar sangat mengagumkan! Maka saya optimis bahawa bakat masa hadapan sukan pelayaran ini ada di pulau ini.

"Untuk tujuan itu, saya bersetuju menyediakan Kapal Layar Optimis, membangunkan bakat mereka," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, pada Selasa.

Iklan

Beliau sebelum ini mengadakan lawatan sekolah di kawasan pedalaman tiga untuk melihat sendiri isu akses pendidikan di sana.

Fadhlina memberitahu, hasrat itu tercapai melalui Program Tindak Susul Parlimen siri kedua pada tahun ini dan lokasi pertama program adalah SK Mukut, Pulau Tioman.

Iklan

Fadhlina bersama dengan seorang murid SK Mukut ketika mengadakan lawatan Program Tindak Susul Parlimen. (Foto: FB Fadhlina)

Jelasnya, program Tindak Susul Parlimen kali ini bertujuan memperbaiki akses pendidikan sekolah pesisir pantai di Parlimen Rompin.

"Perkara utama yang menjadi misi kami kali ini adalah untuk penyelesaian isu infrastruktur sekolah, kediaman guru dan pengangkutan.

"Alhamdulillah semuanya telah diselesaikan dalam lawatan ini dan memerlukan komitmen sedikit lagi khususnya perkara teknikal bagi memastikan keselesaan guru yang bertugas," katanya.

Fadhlina berkata, ia adalah tugas dan khidmat kebaktian yang mesti di laksanakan sebagai pemegang amanah pendidikan negara.

"Percayalah, selagi saya di sini, sedaya upaya saya akan sampai di mana sahaja cikgu-cikgu berada, hatta perlu menyeberangi lautan gelora, puncak dan benua atau hutan belantara.

"Terima kasih kepada semua warga SK Mukut atas sambutan mesra, hidangan lazat dan semangat yang luar biasa," katanya.