Tentang diri Lee Zii Jia

Iklan
Zii Jia menerima pingat gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle. Kredit: Bernama

Seluruh rakyat Malaysia bersorak kegembiraan apabila pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris 2024, pada Isnin.

Beliau telah menewaskan pemain India, Lakshya Sen dalam aksi penentuan selama 71 minit; mengharungi 13-21, 21-16, 21-11 di Arena Porte de La Chapelle.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Zii Jia yang telah membawa pulang gangsa kedua untuk Malaysia.

"Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” katanya menerusi ciapan di platform X.

Kredit: Bernama

Iklan

Turut merakamkan tahniah kepada pemain badminton berkaliber itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Syabas dan tahniah buat pemain perseorangan negara, Zii Jia yang telah berjaya memberikan Malaysia pingat gangsa kedua untuk negara tercinta.

Iklan

"Kami cukup berbangga dengan persembahan mantap dan cukup hebat yang dipamerkan oleh LZJ. Anda ternyata wira negara! Syabas dan tahniah sekali lagi," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kredit: Bernama

Berikutan kejayaan Zii Jia di Sukan Olimpik Paris 2024, Sinar Bestari sertakan biodata dan pencapaian ringkas beliau sebagai bacaan guru dan pelajar.

Nama penuh: Lee Zii Jia

Umur: 26 tahun

Tarikh lahir: 29 Mac 1998

Asal: Alor Setar, Kedah

Ketinggian: 186 sentimeter (cm) dan mempunyai berat badan 78 kilogram (kg)

Anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H, Alor Setar, Kedah

Mula berjinak-jinak dalam sukan badminton sejak usia enam tahun.

Kredit: Bernama

Mempamerkan aksi cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun, sebelum bermain secara profesional umur 13 tahun.

Beliau kemudiannya mendapat tawaran menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Bergelar juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015

Antara pencapaian Zii Jia sepanjang karier;

Gelaran Jelajah Dunia BWF

1) Super 300

Juara Taiwan 2018

Naib juara Korea Masters 2018

2) Super 500

Naib juara Terbuka Hylo 2021

Juara terbuka Thailand 2022

Juara terbuka Artic 2023

Juara terbuka Thailand 2024

3) Super 750

Naib juara terbuka Denmark 2022

Naib juara terbuka Denmark 2023

Kredit: Bernama

4) Super 1000

Juara terbuka All England 2021

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF

Naib juara Siri Antarabangsa India 2016

Juara Polish International 2017

Gelaran Utama

Gangsa (perseorangan lelaki) Olimpik Paris 2024

Emas (perseorangan lelaki) Kejohanan Badminton Asia 2022

Gangsa (pasukan campuran) Piala Sudirman 2021

Gangsa (pasukan campuran) Piala Sudirman 2023

Emas (pasukan lelaki) Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2022

Perak (pasukan lelaki) Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2020

Gangsa (pasukan lelaki) Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2018

Kredit: Bernama

Pencapaian lain Lee Zii Jia;

Pemain badminton pertama Malaysia yang dipaparkan di papan iklan Times Square

Menduduki nombor dua dunia (kedudukan tertinggi pernah baginya) pada 25 Oktober 2022

Pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi kejuaraan Kejohanan Asia

Mempunyai satu pingat emas (edisi 2019) dan dua pingat perak (masing-masing satu pada edisi 2017 dan 2019) di Sukan Asia Tenggara

Mempunyai pingat perak dan gangsa di Kejohanan Remaja Dunia 2016

Sumber: Olympic.com, KhelNow