Perdana Menteri tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus

Iklan
Ahmad Farhan (tengah) ketika meninjau keadaan fasiliti di SMK Sultanah Hajjah Kalsom.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Insya-ALLAH saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran," katanya dalam hantaran di Facebook.

Iklan
Iklan

Turut dipaparkan di Facebook itu ialah gambar-gambar Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sedang meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.

Hantaran Anwar menerusi Facebook, baru-baru ini.

Perdana Menteri memaklumkan, Ahmad Farhan melakukan tinjauan itu semasa beliau mewakilinya pada sesi Ziarah Kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan, baru-baru ini.

Iklan

Pada sesi tinjauan itu, Ahmad Farhan juga beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit. - Bernama

Iklan