"Rehatlah dengan tenang sahabat...dunia ini memang kejam, tak sangka selama ini jasad awak dekat dengan laluan saya sepanjang awak hilang...sayang awak dunia akhirat."
Demikian hantaran Eyma Yem menerusi akaun Facebooknya, pada Ahad susulan pemakluman Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Melaka, Superintendan Ashari Abu Samah yang mengesahkan mayat tidak sempurna yang dijumpai di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, 31 Disember tahun lalu milik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor, Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Memetik portal tempatan, Ashari berkata, hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos, baru-baru ini adalah sepadan.
""Hasil ujian DNA didapati ia sepadan dengan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna di Pulau Sebang pada Disember tahun lalu.
"Mangsa dikenali Istiqomah Ahmad Rozi, yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu," katanya.
"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Tenanglah Kak Is di sana. Allahuakbar saya bersaksi arwah seorang yang baik. Sepanjang saya buat program infaq, arwah antara yang selalu infaq beri makan anak-anak yatim dan asnaf setiap bulan. Semoga ganjaran syurga buatmu,” tulis Mimin Masturina Mulyadi.
"Ya ALLAH, sedih rasa. Semoga tenang wahai sahabat,” ujar Qyyrull Fuadd.
"Semoga roh Is ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh,” beritahu Abdul Rahman Rahim.
"Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah,” tutur Nurul Nillyana Bokhari.
"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Semoga arwah diampunkan Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” catat Nasuha Saiful.
"Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Aamiin,” kata Nik Husni Zamakhshari.
Terdahulu, berita mengenai kehilangan Cikgu Istiqomah tular di media sosial apabila beliau tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja.
Bagaimanapun, kereta dan kunci kenderaan yang dinaiki mangsa telah ditemui di sekitar Lotus Kota Masai kira-kira pukul 2 petang, 27 Disember 2023.
Kemudian, pada 6 Januari 2024, mayat dalam keadaan tidak cukup sifat yang dibuang di dalam tong sampah telah ditemui dan akhirnya, pihak polis mengesahkan mayat itu ialah Cikgu Istiqomah.