8,195 calon duduki SPMU mulai 20 Ogos

Iklan
SPMU 2024 akan dilaksanakan mulai 20 hingga 22 Ogos ini. Gambar hiasan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dilaksanakan pada 20 hingga 22 Ogos ini melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 8,195 calon telah mendaftar untuk menduduki SPMU 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 1,329 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu manakala 1,189 petugas lagi untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

"KPM mengingatkan semua calon SPMU 2024 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Iklan

"Jadual waktu peperiksaan SPMU 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my,” ujar KPM dalam kenyataan medianya, pada Isnin.

Sementara itu, KPM turut mengingatkan kepada calon-calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Iklan

Ujarnya, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian melalui pautan sppat.moe.gov.my.

Sambung KPM lagi, calon harus mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU 2024.

"KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” ujarnya.