Lambang dan makna Jata Negara

Iklan
Jata Negara merupakan simbol perpaduan, kemegahan dan identiti rakyat Malaysia. Ia telah melalui beberapa perubahan dari semasa ke semasa.

Sempena bulan kemerdekaan, Sinar Bestari ingin berkongsi mengenai lambang rasmi kebesaran dan kedaulatan negara kita iaitu Jata Negara.

Tahukah adik-adik, apakah maksud di sebalik Jata Negara dan bagaimana bentuknya?

Iklan
Iklan

Selain itu, apakah maksud lambang dan warna yang ada di Jata Negara?

Jata Negara merupakan simbol perpaduan, kemegahan dan identiti rakyat Malaysia. Ia telah melalui beberapa perubahan dari semasa ke semasa, menurut Buku Teks Sejarah Tahun 5.

Iklan

Jata Negara berbentuk perisai yang disokong oleh dua ekor harimau dan reka bentuknya mempunyai beberapa lambang yang lain.

Setiap lambang dan warna pada Jata Negara mempunyai maksud yang tersendiri iaitu:

Iklan

1) Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang bermaksud Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.

2) Dua ekor harimau yang melambangkan keberanian.

3) Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

4) Empat jalur warna di tengah-tengah perisai merujuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Warna merah dan kuning melambangkan negeri Selangor, warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang. Warna hitam, putih dan kuning melambangkan Perak manakala merah, hitam dan kuning adalah Negeri Sembilan.

5) Di bahagian kiri perisai, terdapat sebatang pokok pinang dan jambatan yang mewakili negeri Pulau Pinang.

6) Di bahagian kanan perisai, terdapat sebatang pokok melaka yang mewakili negeri Melaka.

7) Negeri Sarawak dan negeri Sabah dilambangkan dengan jata negeri masing-masing. Di antara kedua-dua lambang tersebut terdapat sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan negara kita.

8) Cogan kata ‘Bersekutu Bertambah Maju’ bermaksud semangat permuafakatan akan mempererat perpaduan antara rakyat di Malaysia.

9) Cogan kata pada Jata Negara ditulis dalam tulisan rumi dan jawi. Cogan kata ‘Bersekutu Bertambah Maju’ ini menyeru seluruh warganegara untuk bermuafakat dan bekerjasama bagi melahirkan negara yang sejahtera dan gemilang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghayati dan mengamalkan cogan kata tersebut.

Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 5