Kenali Tengku Mahkota Pahang yang tampan dan berpendidikan

Iklan
Tidak hanya memiliki wajah yang tampan, Tengku Hassanal juga mewarisi sifat ramah dan berjiwa rakyat daripada ayahandanya. Foto: Instagram

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merupakan anakanda kedua kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang. Ini bermakna putera diraja ini berumur 29 tahun pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Latar belakang pendidikan Tengku Hassanal adalah seperti berikut;

1) Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang (2002 - 2005)

Iklan

2) Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom (2006 – 2009)

3) Sherbone School, London, United Kingdom (2009 – 2014); University Institute- Geneva School Of Diplomacy and International Relations (2015 – 2018)

Iklan

4) Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan (27 September 2018)

5) Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst (1 Januari 2019 – 14 Disember 2019).

Tengku Hassanal cukup meminati bidang sukan dan yang paling disukai adalah sukan berkuda polo.

Sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak dan sukan rakyat turut menjadi kegemaran baginda.

Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England.

Juga berangkat sama menyaksikan perlawanan itu ialah Sultan Abdullah.

Tengku Hassanal mewarisi sifat rendah diri dan kesederhanaan Sultan Abdullah apabila sering kelihatan sembahyang berjemaah di masjid sekitar Kuantan tanpa sebarang protokol yang ketat.

Asuhan Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang dalam mendidik Tengku Hassanal dilihat berjaya membentuk keperibadiannya menjadi seorang putera raja berjiwa rakyat sama seperti ayahanda dan nendanya, Sultan Ahmad Shah bagi meneruskan kesinambungan prinsip keluarga Diraja ini ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.

Mempunyai enam adik-beradik

Sultan Abdullah telah selamat berkahwin dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (puteri ketiga Sultan Johor) di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar pada 6 Mac 1986.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam orang anak iaitu empat lelaki dan dua perempuan selepas berusaha sebanyak 17 kali percubaan IVF.

1) Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah: Anakanda pertama dan mangkat sejurus dilahirkan pada 24 July 1990.

2) Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah: Putera kedua.

3) Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah: Putera ketiga dan dilahirkan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

4) Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah: Putera keempat dan merupakan kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah

5) Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah: Puteri pertama dan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

6) Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah: Puteri bongsu