Catatan sedih Facebook SK Pos Kuala Mu buat keluarga Nuraina Humaira

Iklan
Nuraina Humaira ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

"Salam takziah kepada keluarga En Rosli sekeluarga atas kehilangan anak tercinta. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah”.

Demikian catatan Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu di Facebook mereka, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Hantaran itu dimuat naik susulan kejadian seorang murid mereka, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, Sabtu lalu.

Mayat murid Tahun Empat ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Iklan

Mangsa adalah kanak-kanak Orang Asli kategori orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan lembam dikatakan dirogol sebelum dibunuh.

Keluarga Nuraina Humaira sukar menerima kenyataan pemergian Allahyarham dalam keadaan sedemikian, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak sekali gus menitipkan doa buat Allahyarham.

"Salam takziah semoga seluruh keluarganya sabar dan tenang menghadapi segala dugaan,” tulis Jasmani Man.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kepada keluarga, dari NGO Az-Zahra. Anak ini pernah hadir di program Az-Zahra,” catat Tun Fatimah.

"Perasaan bila dengar orang hilang ni tak tahu nak cakap macam mana, hanya tuhan je yang tau. Tambahan pulak bila jumpa dengan keadaan yang macam ini, hanya mampu doa supaya ahli keluarga tabah dengan ujian ini,” ujar Zulkifli Ali.

"Salam takziah buat ahli keluarga arwah dan juga seluruh warga SK Pos Kuala Mu,” jelas Aidaniyan Sihafizah.

"Al-Fatihah semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” kata Ami Alang.

Kami di Sinar Bestari turut bersedih dengan kehilangan ini. Semoga ALLAH memberikan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan.