Cacar monyet: KPM jadikan KKM sebagai garis panduan

Iklan
Foto: Agensi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bersedia dan menjadikan input daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai garis panduan dalam perancangan menangani penularan wabak cacar monyet atau monkeypox (mpox) terutamanya dalam kalangan murid sekolah.

"Dari segi persiapan kita sentiasa bersedia. Kita turut mendapat nasihat daripada KKM dan berpandukan garis panduan pihak kesihatan.

Iklan
Iklan

"Kita akan maklumkan sebarang tindakan kepada sekolah dari semasa ke semasa,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor, pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan wabak cacar monyet yang semakin meningkat di Afrika telah diisytiharkan darurat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan ia berkemungkinan merebak dengan pantas ke negara-negara Eropah.

Iklan

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC) mengisytiharkan Kecemasan Kesihatan Awam bagi Keselamatan Benua (PHECS) yang pertamanya untuk penyakit boleh membawa maut itu.

Malangnya, ia adalah kali pertama WHO mengeluarkan amaran kesihatan awam sejak wabak itu mula merebak ke seluruh dunia pada tahun 2022.

Iklan

Kini, virus itu dilaporkan merentas dari pusatnya di Republik Demokratik Congo (DRC) ke negara Afrika lain dan terbaharu ia dikesan pada minggu ini buat pertama kali di Sweden dan Pakistan.