Pemain softball, bola baling teruja terima sumbangan jersi

Iklan
Sebahagian ahli pasukan soft ball dan bola baling yang menerima jersi untuk perlawanan.

Pemain softball dan bola baling Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan teruja menerima sumbangan jersi untuk menghadapi perlawanan pada Ogos.

Sumbangan baju T kepada pemain softball diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim manakala pemain bola baling menerima jersi daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Iklan
Iklan

Penyampaian sumbangan baju itu dilakukan oleh Dr Hafidzah di pejabatnya.

Kapten softball, Nur Iman Amni Mohd Ghazali, 11, teruja menerima baju T sekali gus memberikan mereka semangat untuk terus berlatih dan memenangi perlawanan pada masa akan datang.

Iklan

Kata murid Darjah tiga itu, pasukan mereka dibimbing jurulatih, Mohd Khairi Abdullah.

"Kami semua tidak sabar untuk turun padang dengan baju baharu yang cantik ini," katanya.

Iklan

Pasukan softball SK Mulong 1 terpilih menyertai pertandingan di Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah.

Sementara itu, kapten bola baling, Hadif Fayyadh Mohd Hafifi Faizulddin, 12, nekad untuk membawa kejayaan kepada sekolah setiap kali perlawanan bola baling.

Ujarnya, jersi bola baling menjadikannya lebih bersemangat untuk bertemu pihak lawan.

"Alhamdulillah, kami dapat memakai baju yang lebih selesa dan boleh juga dipakai untuk latihan akan datang," katanya.