Pelajar berusia 15 tahun hilang. 'Pulanglah Maira, semua ahli keluarga risaukan awak'

Iklan
Nur Humaira Syafiqah hilang dari Jumaat lalu. Foto: Sumber Facebook

Seorang pelajar berusia 15 tahun dari Tawau, Sabah, Nur Humaira Syafiqah dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu oleh ahli keluarganya menerusi laman Facebook.

Memetik perkongsian kakaknya, Ayu Naldi, 39, adik bongsu yang dipanggil Maira, dikatakan hilang sejurus pulang dari sekolah.

Iklan
Iklan

Kata beliau, pelbagai usaha dan ikhtiar sudah dilakukan untuk mengesan Maira namun semuanya tidak berhasil.

"Dia (Maira) ada beritahu akan pulang lewat hari itu tetapi tidak muncul sehingga lewat petang menyebabkan kami sekeluarga risau dan bimbang.

Iklan

"Saya ada menghubungi seorang rakan sekolah adik tetapi dimaklumkan Maira tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut," katanya seperti dipetik portal tempatan.

Menurut Ayu, mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham namun sering menasihati adiknya yang masih bersekolah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan menerima laporan yang dibuat bapa mangsa berhubung kehilangan anak perempuannya.

"Usaha mengesan mangsa sedang giat dibuat dan kertas siasatan dijalankan sebagai orang hilang," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Nur Humaira Syafiqah atau Maira, boleh menghubungi ahli keluarga di talian 014-9144654 atau 014-9144653 (abang).