Setiap tahun, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang bersatu padu menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme.
Untuk tahun ini, Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023.
Dengan bertemakan ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, sambutan kemerdekaan di Putrajaya dijangka mendapat sambutan luar biasa kerana pelbagai acara utama telah disediakan kepada pengunjung pada hari Sabtu.
Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah formasi brass band, perarakan aset terkini, persembahan udara angkatan tentera, kesenian Malaysia Madani, tempur tanpa senjata dan banyak lagi.
Dalam menyambut Hari Kemerdekaan bersama keluarga dan sahabat handai, mungkin ada antara kita yang ingin mengetahui siapakah pencipta Jalur Gemilang yang dulunya dikenali Bendera Malaysia.
Jalur Gemilang telah dicipta oleh Mohamed Hamzah pada tahun 1947.
Beliau yang merupakan arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor bersama 373 karyawan lain telah mengambil bahagian dalam satu pertandingan reka bentuk bendera Malaysia.
Setelah melalui proses pertandingan, hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir.
Reka bentuk Mohamed Hamzah telah mendapat majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.
Kemudian, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan rekaan beliau dan 26 Mei 1950, buat pertama kalinya, Jalur Gemilang dikibarkan di Istana Selangor.
pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan rekaan beliau dan 26 Mei 1950, buat pertama kalinya, Jalur Gemilang dikibarkan di Istana Selangor.Maksud nama dan warna Jalur Gemilang
1) Jalur
Menggambarkan bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
Lambang jalur pada bendera menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju dan arah sama dianuti rakyat negara ini iaitu dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa serta negara.
2) Gemilang
Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
Ia memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan sama ada di dalam atau di luar negara.
3) Biru
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India.
4) Merah
Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta.
5) Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke persada dunia.
6) Kuning
Melambangkan warna Diraja secara khususnya menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan.